Guan Eng tuduh Kedah punca banjir Seberang Perai lambat surut

GEORGETOWN, 21 Safar 1439H, Jumaat – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh Kedah menjadi punca banjir di kawasan Seberang Perai masih belum surut.

Dakwanya, limpahan air dari Kedah adalah faktor besar banjir di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) tidak surut.

Katanya, keadaan itu telah menyebabkan ramai mangsa di kedua-dua kawasan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

“Banjir di kebanyakan tempat di negeri ini sudah surut, melainkan beberapa kawasan di SPU dan SPT yang menerima air dari Kedah. Banjir di negeri itu melimpah ke negeri ini.

“Selama ini Pulau Pinang perlu bayar untuk bekalan air dibekalkan Kedah, adakah kali ini mereka akan bayar kepada kita untuk limpahan air ini juga,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Selain Kedah, Guan Eng turut menyalahkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang didakwanya gagal memberi amaran awal kepada penduduk di negerinya.

“Mereka hanya mengeluarkan amaran hujan peringkat merah menerusi laman web pada jam 9.30 malam 4 November lalu, beberapa jam sebelum banjir,” katanya.

The post Guan Eng tuduh Kedah punca banjir Seberang Perai lambat surut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian