Gunung Agung berstatus bahaya

JAKARTA, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin– Status gunung berapi Agung kini dinaikkan kepada tahap IV(Awas) daripada tahap III (Siaga) sebelum ini, berikutan peningkatan berlakunya letusan.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), gunung berapi itu kini semakin aktif mengeluarkan asap dan abu vulkanik sejak mula meletus pada 21 November lepas.

Memetik laporan media dalam talian tempatan, beberapa letusan lagi dilaporkan aktif berlaku pada 25 November dan semalam, mengeluarkan asap tebal setinggi 3,000 meter dan Zon Perkiraan Bahaya juga diperluaskan kepada 8km dari kawah gunung berbanding 6km sebelum ini.

Menurut PVMBG ketika ini keadaan gunung itu dilihat berpotensi untuk mengeluarkan letusan besar.

Sementara itu, memetik laporan agensi berita Antara dan media dalam talian Kompas, Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok yang ditutup semalam berikutan asap gunung berapi yang mengandungi vulkanik itu dilapor menuju ke Lombok dan mengganggu laluan penerbangan, kembali dibuka hari ini.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok sejak 6 pagi ini mulai aktif untuk melaksanakan penerbangan yang rencananya hari ini ada 104 pergerakan penerbangan,” kata Pengurus Besar Angkasa Pura I lapangan terbang berkenaan I, Gusti Ngurah Ardita. -Bernama

The post Gunung Agung berstatus bahaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian