ismakualaterengganu

Gunung Agung di Bali meletus

JAKARTA, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Setelah hampir dua bulan amaran dikeluarkan, sebuah gunung berapi di Bali, Gunung Agung akhirnya mele...

JAKARTA, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Setelah hampir dua bulan amaran dikeluarkan, sebuah gunung berapi di Bali, Gunung Agung akhirnya meletus pada jam 5.05 petang waktu tempatan, semalam.

CNN Indonesia melaporkan, letusan tersebut mengakibatkan asap kelabu tebal berkepul-kepul di udara.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Badan Geologi Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM) dalam kenyataannya, berkata, sehingga kini Gunung Agung masih mengeluarkan letusan.

“Ketinggian asap maksimum adalah sekitar 700 m di atas puncak. Abu letusan bertiup lemah ke arah Timur-Tenggara,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, penduduk digesa untuk bertenang dan sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa. – Agensi

The post Gunung Agung di Bali meletus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 7737262339493845584

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item