Hanya kepimpinan Islam boleh selamatkan negara: Hadi Awang

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 21 Safar 1439H, Jumaat – PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh, sehinggalah dibuktikan bersih salah lakunya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersih, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir, yang diwarisi sejak pemimpin terdahulu.

“PAS percaya bahawa rakyat mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya, kini sedang menghadapi krisis keyakinan, bagi menetapkan hukuman kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan.

“Dalam keadaan penyakit politik wang yang menimpa rakyat dan menimpa UMNO yang sedang memerintah, yang dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan selepasnya, kini tidak mudah untuk diubati, namun tidak ada penyakit yang tidak ada ubat yang wajib dicari selagi belum mati, maka ikhtiar hendaklah diteruskan,” katanya.

Malah Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS juga tidak boleh memberi harapan kepada pakatan harapan (PH), kerana di dalamnya ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

Justeru, PAS berpendapat, kepimpinan Muslim sahaja boleh mengembalikan negara kepada Islam yang sebenar.

“Hanya kepemimpinan Muslim yang bersama Islam boleh menyelamatkan negara sama ada kembali kepada Islam, atau perubahan kepada sesiapa sahaja yang menerima Islam.

“Ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia. Maka, PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya.

“PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan,” katanya.

The post Hanya kepimpinan Islam boleh selamatkan negara: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian