ismakualaterengganu

Haram pergerakan Islam: Yahudi berjaya peralat negara Arab

Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Konspirasi beberapa pemimpin Arab dengan kerjasama pergerakan Zionis Yahudi ki...

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Konspirasi beberapa pemimpin Arab dengan kerjasama pergerakan Zionis Yahudi kini semakin jelas apabila mereka apabila menyenaraihitam pergerakan Islam di rantau Asia Barat.

Baru-baru ini Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam 11 lagi individu dan dua entiti lain, termasuk Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS), dalam senarai yang dianggap pengganas bagi negara rantau Teluk itu.

Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hanya kerana pertubuhan itu diketuai Dr Yusuf al-Qardhawi dan pertubuhan itu berpejabat di Qatar, dengan mudah ia dikategorikan sebagai pengganas.

“Pemimpin-pemimpin negara tersebut telah diperalatkan oleh Israel dan Amerika Syarikat untuk melaksanakan rancangan yang sudah sekian lama diatur, demi memastikan agenda Zionis untuk menguasai seluruh rantau Asia dapat direalisasikan.

“Sejarah sebelum ini telah lama merakamkan kerjasama negara imperialis British dengan Saudi untuk menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah, sehingga projek melahirkan Israel di bumi Palestin berjaya dilaksanakan.

“Sekarang Amerika Syarikat mengambil alih peranan British dengan menggunakan tekanan dan pengaruhnya ke atas negara-negara Arab untuk tunduk kepada agenda Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Senarai terbaharu yang dilabel sebagai pengganas termasuk IUMS, Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 individu, terutama yang ada kaitan dengan Qatar dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Azmi berkata, pemimpin-pemimpin negara Arab perlu tahu bahawa mereka kini sudah hilang integriti, akibat keangkuhan mengkhianat kepercayaan umat Islam.

Katanya, mereka fikir dengan mengharamkan pertubuhan dan gerakan Islam secara terpilih itu, mereka akan mendapat dokongan penuh dari Amerika Syarikat dan negara Barat.

“Padahal strategi imperialis Barat dari dahulu lagi telah memperalatkan pemimpin-pemimpin Arab sehingga berjaya melahirkan Israel,” katanya.

The post Haram pergerakan Islam: Yahudi berjaya peralat negara Arab appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8684605042334210608

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item