Harga minyak naik: PPIM cadang kerajaan tubuh pusat respon

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesyor supaya kerajaan menubuhkan satu pusat respon sebagai tempat mengumpul, menerima dan menjawab rungutan rakyat berkaitan kos sara hidup termasuk isu kenaikan harga minyak.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pusat respon itu akan berperanan sebagai medium untuk rakyat menyampaikan rungutan mereka secara dekat kepada kerajaan, termasuk mendapat maklum balas segera berhubung pelbagai isu berkaitan kos sara hidup.

“Mungkin dengan langkah ini, rakyat lebih mudah menyalurkan permasalahan mereka, dan kerajaan juga lebih cepat memberi maklum balas, sebagaimana isu minyak naik sejak semalam. 

“Rakyat rata-rata tidak berpuas hati dengan kenaikan berterusan itu. Dan pastinya sebagai rakyat, mereka mahu maklum balas segera daripada kerajaan berkaitan isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel, lima minggu berturut-turut sejak pertengahan Oktober lepas.

Bercakap lanjut isu itu, Nadzim berkata, keadaan kos sara hidup dan ekonomi tidak menentu ketika ini, pastinya isu kenaikan harga minyak menjadi tekanan yang jelas kepada rakyat di setiap peringkat.

Katanya, jika mahu terus membantah kenaikan harga itu, ianya tidak memberi sebarang kesan malah ia akan terus naik sebagaimana sebelum ini.

“Isu minyak tetap akan naik lagi, esok naik, lusa naik. Nak marah pun tak boleh, begitu juga nak buat demonstrasi juga tak ke mana.

“Jadi saya rasa pengguna hari ini hanya perlu bersatu. Gunakan medium mudah iaitu media sosial untuk menyatakan perkara ini,” katanya.

Tegas beliau, kesepakatan pengguna tidak hanya membabitkan isu berkaitan kenaikan harga minyak sahaja, malah perkara-perkara lain berkaitan kos sara hidup rakyat hari ini.

“Hari ini kita jerit sampai ke langit biru pun, harga minyak, barang tetap akan naik juga. Jadi kita perlukan formula dan bersatu, kerana saya lihat pengguna tidak bersatu menyuarakan isu sebegini.

“Contoh, marah dengan harga barang naik, tapi ada juga yang berhabis ribuan ringgit sehari untuk makan. Jika kita boleh menyatukan suara pengguna, maka banyak perkara yang mungkin boleh diubah,” katanya.

The post Harga minyak naik: PPIM cadang kerajaan tubuh pusat respon appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian