Harga runcit petrol naik lagi empat minggu berturut-turut

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Harga runcit minyak mingguan naik lagi bermula tengah malam ini untuk empat minggu berturut-turut sejak 19 Oktober lalu.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 naik tujuh sen dan RON97 pula naik enam sen.

Harga RON95 akan dijual RM2.31 seliter daripada RM2.24 minggu lalu. Manakala harga RON97 pula naik kepada RM2.60 seliter daripada RM2.54 seliter.

Untuk harga diesel pula naik tiga sen daripada RM2.17 seliter kepada RM2.20 pada minggu ini.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 15 November depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga runcit petrol naik lagi empat minggu berturut-turut appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian