Harga sayur naik hanya sementara: Fama

BUTTERWORTH, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan sayuran jenis berdaun di negeri-negeri dilanda banjir awal bulan ini seperti Pulau Pinang, Kedah tidak akan terputus.

Malah, pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata masyarakat tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga sayuran jenis berdaun kerana pihaknya sentiasa mempunyai bekalan tersebut dan ia akan dihantar segera ke gerai-gerai FAMA di kawasan yang terjejas bagi mengelak bekalan terputus.

“Harga sayuran jenis berdaun seperti sawi, bayam dan sebagainya yang didakwa meningkat sebanyak 30 peratus akibat kawasan penanaman yang ditenggelami air hanya bersifat sementara.

“Ia dijangka akan kembali ke paras asal dalam sebulan, bergantung kepada keadaan cuaca di kawasan utara tanahair,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 23 petugas FAMA yang terjejas teruk akibat banjir di Pulau Pinang dan Kedah, di sini hari ini. -Bernama

The post Harga sayur naik hanya sementara: Fama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian