ismakualaterengganu

Hotel di Pulau Pinang benar pekerja wanita pakai tudung

GEORGETOWN, 24 Safar 1439H, Isnin – Wanita Islam yang bekerja di semua hotel di Pulau Pinang tidak dilarang memakai tudung, kata Presiden...

GEORGETOWN, 24 Safar 1439H, Isnin – Wanita Islam yang bekerja di semua hotel di Pulau Pinang tidak dilarang memakai tudung, kata Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang, Khoo Boo Lim, hari ini.

“Tidak ada hotel di Pulau Pinang yang mengamalkan peraturan melarang pekerja wanita beragama Islam memakai tudung.

“Pekerja wanita beragama Islam sepatutnya dibenar memakai tudung dan kebolehan mereka dihakimi menerusi prestasi,” katanya pada sidang media, hari ini.

Kelmarin, Presiden MAH, Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel, terutama hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

“Kita tidak boleh gunakan ayat diskriminasi (isu larangan tudung). Ia kerana syarikat ada polisi masing-masing. Jadi, ada banyak hotel juga menerima mereka yang berhijab.

“Ia lebih kepada polisi dan SOP yang digunakan hotel di seluruh dunia. Ia bukan (Islamicphobia) kerana sudah dibuat sejak awal lagi. Jadi, mereka ada SOP,” katanya dipetik daripada laporan sebuah portal berita.

Kata Pedang: Talibankah segala perintah Allah?

The post Hotel di Pulau Pinang benar pekerja wanita pakai tudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1694799656808534578

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item