ismakualaterengganu

Hotel larang pakai tudung tak hormat Islam di Malaysia: Wanita Isma

BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan ata...

BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Tindakan sesetengah hotel yang melarang pekerja wanita bertudung bekerja di bahagian khidmat pelanggan atau kaunter depan, kononnya sebahagian daripada polisi antarabangsa disifatkan sebagai memalukan dan melanggar hak asasi manusia.

Memandang serius hal itu, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa pihak hotel dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) supaya menghormati undang-undang dan kebebasan rakyat Malaysia sekiranya beroperasi di negara ini.

Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, larangan yang ditetapkan oleh pihak hotel terbabit bukan sahaja dilihat satu bentuk diskriminasi agama, malah kepada jantina.

“Hak wanita Islam untuk bebas dalam mematuhi tuntutan agama Islam telah dinafikan kerana dikatakan bertentangan dengan polisi hotel tersebut.

“Wanita Islam yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan telah dilarang memakai tudung semasa bekerja kerana dikaitkan dengan kerugian pada hotel atas sebab tidak mampu menarik pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan MAH yang dilaporkan mempertahan operator hotel melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk).

MAH menafikan larangan yang dikenakan itu adalah satu bentuk diskriminasi sebaliknya berpendapat ia merupakan sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Malah, Presiden MAH, Cheah Swee Hee mendakwa setiap hotel terutamanya hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Norsaleha berkata, Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa tiada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam sebarang undang-undang mahupun pelantikan jawatan pekerjaan.

Sehubungan itu, pihak hotel dan MAH dinasihatkan supaya mengubah polisi yang telah ditetapkan demi menunaikan hak asasi warganegara Malaysia.

Malah tegasnya, kenyataan Cheah Swee Hee yang dilaporkan mempertahan polisi larangan itu adalah amat dikesalkan dan perlu ditarik balik.

“Disamping itu, para pengguna dan badan-badan korporat dinasihatkan supaya bijak menggunakan kuasa mereka apabila menempah bilik hotel atau dalam menganjurkan sebarang program untuk memboikot hotel-hotel yang mempunyai polisi-polisi yang jelas menafikan hak-hak wanita Islam di Malaysia.

“Wanita Isma juga ingin memohon agar Duli Yang Maha Mulia Seri Padukan Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA) sebagai ketua negara dan ketua agama Islam campur tangan dalam perkara ini, kerana ia jelas mendiskriminasi dan menjejaskan penganut agama Islam di negara ini dalam menjalankan tuntutan agama mereka,” katanya.

The post Hotel larang pakai tudung tak hormat Islam di Malaysia: Wanita Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 5746855688743821851

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item