Hubungan Malaysia-China tak libat ideologi komunisme, hanya tumpu pelaburan: KDN

BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Hubungan Malaysia dan China tidak melibatkan ideologi komunisme yang diamalkan negara itu, sebaliknya hanya tertumpu kepada pelaburan dan perdagangan sahaja.

Perkara itu ditegaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu jawapan bertulis kepada Ko Chung Sen (Kampar-DAP) di Parlimen bertarikh 6 November lalu.

Menurut kementerian itu, tidak penglibatan ideologi komunis dalam mana-mana hubungan dua hala China dengan negara lain, termasuk Malaysia.

“Ini kerana ideologi itu terhad kepada sistem politik dan pemerintahan di negara itu sahaja. Justeru kerajaan tidak menganggap ideologi komunis yang diamalkan di China sebagai ancaman kepada negara.

“Sehingga kini, Malaysia dan China mempunyai hubungan yang cukup erat di mana China adalah antara rakan dagang yang penting dan terbesar bagi Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun kementerian itu berkata, isu keselamatan tetap diberi perhatian bagi mengelakkan kemungkinan yang boleh menggugat kedaulatan dan kepentingan strategik negara sebagaimana yang dilakukan dalam hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain.

Ko Chung Sen meminta penjelasan kerajaan sama ada Malaysia akan mengisytiharkan China dan Parti Komunis yang memimpin negara itu sebagai sekutu pelaburan dan bukannya sebagai ancaman kepada negara.

The post Hubungan Malaysia-China tak libat ideologi komunisme, hanya tumpu pelaburan: KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian