Hujan lebat berterusan di lima negeri

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di lima negeri termasuk Sabah.

Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa amaran cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Menurut kenyataan itu, hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa daerah di Kedah membabitkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Pulau Pinang, cuaca buruk akan melanda daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, dan satu daerah di Perak (Hulu Perak).

Sementara di Johor, lapan daerah dijangka terjejas akibat hujan lebat iaitu Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Tidak terkecuali beberapa kawasan di Sabah iaitu di bahagian Pedalaman (daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan).

Ia juga dijangka melanda Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (daerah Beluran).

The post Hujan lebat berterusan di lima negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian