Hujan lebat di Pantai Timur, Johor berterusan hingga Ahad

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat yang dijangka berterusan bermula Khamis sehingga Ahad ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, amaran cuaca waspada itu dijangka membabitkan semua negeri di bahagian Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta Johor.

Dalam kenyataan sama dikeluarkan jabatan itu, amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang berterusan sehingga petang ini di beberapa daerah di Johor dan Sabah.

Menurut kenyataan itu, cuaca buruk berkenaan dijangka melanda enam daerah di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Turut terjejas bahagia Pantai Barat (daerah Ranau), Kudat dan Sandakan di Sabah.

The post Hujan lebat di Pantai Timur, Johor berterusan hingga Ahad appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian