Isma Pulau Pinang lancar dana khas untuk Projek Cuci Pulau Pinang

Foto: Bernama

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Ikhlas, dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) melancarkan dana khas untuk Projek Cuci Pulau Pinang 2017.

Pengarah projek, Dr Mohamad Zaki Ibrahim berkata, ketika ini pihaknya masih mengumpul dana dalam bentuk wang ringgit dan juga mencari seramai mungkin sukarelawan.

“Kita sasarkan untuk cuci rumah mangsa dan beri sumbangan sebanyak RM150 setiap rumah.

“Kita juga akan wujudkan ‘hotline’ dalam masa terdekat untuk memudahkan mana-mana pihak yang hendak menderma,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Banjir yang melanda Pulau Mutiara itu turut melibatkan lebih enam ahli Isma, serta ahli keluarga dan madu’ yang berada di bawah Syukbah Isma Bertam.

Hujan lebat di Pulau Pinang dilaporkan mencatatkan rekod tertinggi dalam taburan hujan di negeri itu dengan bacaan 315mm.

Di tanah besar, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.

Manakala, di bahagian pulau melibatkan Bandaraya George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.

The post Isma Pulau Pinang lancar dana khas untuk Projek Cuci Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian