Isma SPU, I-Guru, I-Medik dan Yayasan Ikhlas lancar tabung membantu mangsa banjir Pulau Pinang

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 16 Safar 1439H, Ahad – “Paha kanan dicubit, paha kiri terasa sakit.” Mengambil inspirasi daripada pepatah tersebut, Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seberang Perai Utara (Isma SPU) bersama tiga lagi agensi bergabung tenaga membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir.

Naib Yang Dipertua Isma SPU, Dr Zaki Ibrahim berkata, pihaknya bersama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (I-Guru) dan Yayasan Ikhlas telah melancarkan tabung kecemasan bagi menjayakan misi bantuan kepada mangsa banjir.

“Di peringkat awal ini, kita sedang mengumpul wang sumbangan daripada semua pihak bagi menyalurkan bantuan berbentuk makanan bagi mangsa-mangsa banjir.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak berwajib dan usaha kita ini tidak lain tidak bukan bagi menunjukkan solidariti kita bersama mereka yang diuji dengan ujian banjir,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Selain bantuan makanan, pihak Isma bersama dengan I-Medik, I-Guru dan Yayasan Ikhlas akan mengumpul beberapa lagi kumpulan seperti persatuan pemilik kenderaan pacuan empat roda dan motosikal berkuasa tinggi untuk menjayakan program ‘Cuci Pulau Pinang’ pada hari Khamis akan datang.

“Program Cuci Pulau Pinang mensasarkan rumah-rumah mangsa banjir. Kita akan mengumpul sukarelawan daripada semua persatuan yang sudi bekerjasama dengan kita, kita cuci rumah dan perabot mereka dan sumbangan RM200 akan diberikan kepada setiap pemilik rumah yang ditimpa masalah banjir.

“Oleh itu, sesiapa yang sudi memberi sumbangan kewangan ia adalah amat dialu-alukan, manakala mereka yang mahu turut serta menjadi sukarelawan pembersihan, juga kita alu-alukan penyertaan mereka,” katanya.

The post Isma SPU, I-Guru, I-Medik dan Yayasan Ikhlas lancar tabung membantu mangsa banjir Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian