ISMA SPU, Yayasan Ikhlas dan I-Medik Lancar Program Cuci Pulau Pinang 2017

Oleh Latifah Hashim

SUNGAI DUA, 17 safar 1439H Isnin

Banjir yang melanda negeri Pulau Pinang berikutan hujan lebat sejak Sabtu lepas telah mengakibatkan penduduk yang terjejas dipindahkan ke beberapa pusat permindahan sementara. Air yang naik secara mendadak membahayakan keselamatan penduduk dan banyak barang tidak sempat diselamatkan.

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU) dengan kerjasama agensi Yayasan Ikhlas Pulau Pinang dan I-Medik Pulau Pinang  telah melancarkan Program Cuci Pulau Pinang 2017.

Program ini mensasarkan penyertaaan orang ramai yang ingin turut membantu membersihkan rumah-rumah penduduk yang terjejas. Program Cuci Pulau Pinang 2017 akan diadakan pada 9 November 2017 dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut pengarah program Dr. Zaki Ibrahim yang juga merupakan pengerusi Yayasan Ikhlas Pulau Pinang, kawasan yang terlibat untuk program ini adalah di sekitar Seberang Perai Utara dan daerah Timur Laut.

Jika anda berminat untuk bersama menjadi sukarelawan program ini, anda boleh menghubungi Ustaz Syazwan  di talian 013-9909355 atau Cik Latifah 013-4929916.

Untuk maklimat lanjut, boleh hubungi Encik Izwan  di talian 019-4149447.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian