Israel dakwa simpan jenazah 5 pejuang Palestin maut dalam terowong

GAZA, 17 Safar 1439H, Isnin – Tentera rejim Zionis hari ini mendakwa mereka memiliki jenazah lima pejuang Palestin yang terbunuh dalam serangan roket ke atas sebuah terowong di Semenanjung Gaza, minggu lalu.

Dalam kenyataannya, tentera Israel mendakwa jenazah pejuang Palestin itu ditemui di dalam terowong yang berada di wilayah mereka di Kibbutz Kissufim.

Kenyataan itu tidak menyatakan syarat untuk mengembalikan jenazah berkenaan kepada keluarga mereka. Tetapi radio Israel menyatakan kemungkinan jenazah disimpan untuk ditukarkan dengan warga Israel yang dilaporkan hilang di Gaza.

Sebelum ini, ada laporan menyebut lima lagi pejuang Palestin belum ditemui, dipercayai terperangkap dalam runtuhan terowong yang diletup Zionis, di selatan Semenanjung Gaza, 30 Oktober lalu.

Israel melancarkan lima peluru berpandu ke arah terowong yang digali di Khan Younis menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh mati dan 14 yang lain cedera.

Lima daripada yang terbunuh adalah anggota sayap bersenjata Jihad Islam – Brigade al-Quds – dan dua lagi adalah anggota Brigade Izz Eddine al-Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pertukaran tawanan perang kerap berlaku dalam sejarah pertelingkahan antara Palestin dan Israel.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebelum ini, menolak syarat ditetapkan rejim Tel Aviv bagi membolehkan jenazah pejuang dibawa pulang.

Rejim Israel dikatakan mengenakan syarat memulangkan lima jenazah pejuang itu sekiranya dua mayat askar mereka yang ada pada Hamas sejak 2014, diserahkan. – Agensi

The post Israel dakwa simpan jenazah 5 pejuang Palestin maut dalam terowong appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian