Israel tahan 483 kanak-kanak Palestin tahun ini

TEBING BARAT, 18 Safar 1439H, Selasa – Pasukan ketenteraan Israel telah menahan seramai 483 kanak-kanak Palestin sejak awal tahun 2017, dedah sebuah jawatankuasa The Prisoners and Freed Prisoners Committee.

Kumpulan hak-hak Palestin pula mendedahkan tentera regim Israel telah menahan kanak-kanak ini di Penjara Tentera Ofer sebagai tahanan pentadbiran, lapor Quds Press.

Peguam kumpulan tersebut, Louai Al-Mansi berkata, seramai 40 kanak-kanak Palestin ditangkap pada bulan Oktober dan lapan daripada mereka telah diseksa oleh tentera Israel.

Al-Mansi berkata, seorang daripada kanak-kanak tersebut telah diseksa dan ditembak selepas ditangkap oleh pasukan ketenteraan Israel.

Katanya, kanak-kanak yang menjadi tahanan tentera Israel berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dan denda sebanyak 78,000 shekels ($21,430) perlu dijelaskan untuk membebaskan seorang kanak-kanak. – Agensi

The post Israel tahan 483 kanak-kanak Palestin tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?