ismakualaterengganu

Isu larang bertudung: WAFIQ gesa lebih banyak negeri contohi Negeri Sembilan

Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidika...

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menerima banyak aduan berkaitan polisi larangan pekerja wanita bertudung yang dikenakan segelintir hotel mewah bertaraf antarabangsa, sejak isu berkenaan tercetus.

Presiden WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, beliau menerima aduan terbaharu daripada seorang wanita yang memohon pekerjaan melalui PATA Malaysian Chapter Tourism Fair pada bulan November baru-baru ini.

Menerusi aduan itu katanya, wanita berkenaan mendedahkan dua buah hotel antarabangsa, iaitu di Kuala Lumpur dan Putrajaya dipercayai mendiskriminasinya dengan syarat pemakaian yang tidak membenarkan bertudung.

“Ia adalah salah satu daripada aduan yang saya terima, dan banyak lagi dengan pelbagai pengalaman mereka sendiri berdepan situasi demikian,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Menurut Dr Rafidah Hanim, WAFIQ akan berhubung dengan pihak Jabatan Buruh serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi memanjangkan aduan tersebut.

“WAFIQ sebagai salah sebuah anggota Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) akan terus memperjuangkan agar mana-mana wanita tidak didiskriminasi atas dasar agama, khususnya hak wanita muslimah mengenakan hijab,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap usaha dilakukan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang akan menyerahkan senarai lebih 20 hotel mewah dikenalpasti melaksana polisi larangan bertudung itu kepada Jabatan Sumber Manusia.

“WAFIQ juga memuji usaha kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu supaya tidak mengeluarkan tau memperbaharui lesen perniagaan hotel yang melarang pekerja muslimnya memakai tudung.

“Kita berharap negeri-negeri lain terutama Selangor dan Wilayah Persekutuan mengikut jejak yang sama dengan kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan akan diambil terhadap hotel yang amal diskriminasi itu, selain mengarahkan PBT tidak memperbaharui dan mengeluarkan lesen kepada mana-mana hotel yang berbuat demikian.

The post Isu larang bertudung: WAFIQ gesa lebih banyak negeri contohi Negeri Sembilan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1512418629767611926

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item