Isu pengguna: Presiden Perkid hadir beri keterangan di IPD Dang Wangi

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KUALA LUMPUR, 14 Safar 1439H, Jumaat – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Ustaz Masridzi Sat hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 9.10 pagi tadi.

Beliau yang ditemani anak lelakinya dilihat masuk ke dalam bangunan balai polis itu untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis mengenai artikel yang disiarkan di Ismaweb.net pada 24 Oktober lalu.

Beberapa penyokong dan ahli Perkid turut berkumpul di luar pagar IPD Dang Wangi untuk memberi sokongan kepadanya.

Artikel bertajuk ‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’ memetik video kenyataan Ustaz Masridzi pada hari yang sama yang disiarkan di akaun Facebooknya.

Ustaz Masridzi membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas pertuduhan yang dihadapi oleh Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.

Selasa lalu, Ustaz Masridzi menerima surat arahan daripada pegawai polis Bukit Aman supaya memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini, mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’

The post Isu pengguna: Presiden Perkid hadir beri keterangan di IPD Dang Wangi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian