Jabatan Imigresen perluas peranti semakan

SUNGAI PETANI, 13 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Imigresen memperluas penggunaan peranti untuk memudahkan orang ramai menyemak status kawalan imigresen ke beberapa pintu masuk negara, mulai bulan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat keberkesanan penggunaan peranti berkenaan, bagi mengelak kesesakan di pintu sempadan akibat isu kawalan imigresen.

“Sebelum ini sering berlaku kesesakan berikutan terdapat penumpang menghadapi sekatan kawalan untuk ke luar negara dengan beberapa agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Bagaimanapun kini, agensi seperti PTPTN sudah membuka kiosk mereka sendiri di lapangan terbang bagi membantu penumpang yang ingin membuat pemeriksaan status kawalan mereka.

“Jadi penggunaan peranti itu memudahkan orang ramai menyemak status kawalan masing-masing sebelum tiba di kaunter imigresen, sekali gus mengelakkan kesesakan,” katanya yang dipetik daripada BH Online.

Peranti tersebut sudah mula diperkenalkan bulan lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan akan diaplikasikan di klia2 serta Bangunan Sultan Iskandar di Johor tidak lama lagi.

“Selain penggunaan peranti itu, orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Jabatan Imigresen http://sspi2.imi.gov.my untuk membuat semakan berkenaan,” katanya.

The post Jabatan Imigresen perluas peranti semakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian