Jabatan Kerja Raya, LLM kenal pasti langkah atasi kesesakan

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Jabatan Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengenal pasti beberapa langkah yang boleh dilaksanakan dalam mengatasi peningkatan trafik di Lebuhraya KL-Karak pada musim perayaan.

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara langkah yang dilaksanakan ialah menggalakkan pengguna merancang perjalanan melalui nasihat waktu perjalanan untuk mengelak tumpuan serentak.

“Turut diaktifkan pelaksaaan laluan kontra di lokasi yang dikenal pasti bagi pengaliran trafik yang lebih lancar terutama di kawasan mendaki.

“Juga menambah bilangan petugas serta bantuan Rela di plaza tol serta hentian rehat bagi mengawal aliran keluar masuk,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) di Dewan Rakyat, hari ini.

Rosnah berkata, kementerian prihatin dengan isu kesesakan yang berlaku di lebuhraya berkenaan berikutan pertambahan bilangan kenderaan yang berlipat kali ganda pada musim perayaan.

Justeru katanya, kerajaan juga mengambil langkah menyediakan kemudahan tambahan kawasan letak kereta dan tandas di hentian, selain membuka lebih banyak lorong transaksi kutipan tol termasuk pelaksanaan secara berlapis.

“Juga akan dipastikan pasukan ronda serta kren kembalik dalam keadaan siap siaga di kawasan sering berlaku kemalangan, bekerjasama dengan media massa bagi tujuan penyaluran maklumat serta menggiatkan lagi penyampaian maklumat melalui media sosial dari semasa ke semasa,” katanya.

The post Jabatan Kerja Raya, LLM kenal pasti langkah atasi kesesakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian