Jakim tawar kepakaran di Sukan Olimpik Tokyo

TOKYO, 27 Safar 1439H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia menawarkan kepakaran pensijilan halal dan bekerjasama dengan kerajaan Jepun yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2020.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata kolaborasi itu untuk penyediaan makanan halal untuk para atlet yang akan menyertai sukan tersebut.

Katanya, tindakan itu adalah susulan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya di Tokyo pada 20 November tahun lepas berkaitan perkara tersebut.

“Jakim bersedia menghantar para pegawainya untuk memberi latihan dan mengemaskinikan sistem untuk mengeluarkan produk ‘halalal toyibban’. Kolaborasi ini ibarat peluang keemasan untuk Jakim melonjakkan lagi pensijilan halal Malaysia ke peringkat global dengan lebih meluas,” katanya selepas pertemuan delegasi Perlis diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Jepun di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi, Yukihiko Nunomura.

Turut serta ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta pegawai-pegawai daripada Halal Japan Corporation (HJC) diketuai pengerusinya, Hirobumi Ohsato, di mana Tuanku Syed Faizuddin ialah penaungnya.

Dalam pertemuan itu Dr Sirajuddin memberi penjelasan mengenai pensijilan halal Jakim yang diterima pakai di 41 negara.

Dr Sirajuddin berkata, pada masa ini 2 pusat sembelihan di Okayama telah mendapat pensijilan halal Jakim dan ternakan yang disembelih turut di eksport ke Malaysia. – Bernama

The post Jakim tawar kepakaran di Sukan Olimpik Tokyo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian