Jawi sudah siasat Siti Kassim hina Islam: Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya kata beliau, ada tindakan lain yang diambil oleh institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas ‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah pun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi anggota panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0, semalam.

Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam. — Bernama

 

The post Jawi sudah siasat Siti Kassim hina Islam: Jamil Khir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian