JLKN sedia hantar sukarelawan ke Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 18 Safar 1439H, Selasa – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menghantar anggota Briged Sukarelawan Khidmat Negara ke Pulau Pinang bagi menjalankan misi kemanusiaan pasca banjir dengan membantu kerja-kerja pembersihan.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Mohmed Asri Yusof berkata operasi pembersihan itu tertumpu ke kawasan yang terjejas, terutama kawasan sekolah dan jalan raya selepas banjir surut.

“Kami tidak bergerak secara sendirian, sebaliknya kami akan bekerjasama dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan misi kemanusiaan pasca banjir di Pulau Pinang.

“Pihak JKLN tidak mempunyai kemahiran untuk menyertai misi kemanusiaan semasa banjir berlaku, dan hanya menghantar anggota sukarelawan untuk melakukan kerja pembersihan pasca banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohmed Asri berkata jumlah sebenar anggota sukarelawan yang dihantar ke Pulau Pinang tertakluk kepada keperluan.

“Pihak kami sentiasa memantau keadaan, dan bersedia menghantar anggota sukarelawan yang diperlukan,”katanya.

Kira-kira 10,000 pelatih kini mengikuti Program Latihan Khidmat Negara 2.0 di 52 kem seluruh negara bermula 30 September lepas hingga 28 November ini.

Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa. – Bernama

The post JLKN sedia hantar sukarelawan ke Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian