JPJ sukar kesan pemandu guna aplikasi telefon bimbit

MELAKA, 29 Safar 1439H, Sabtu – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia mengkaji semula hukuman bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, kajian semula itu, sama ada Akta JPJ 1987 itu sesuai dengan keadaan sekarang ini, dipinda atau ditambah baik.

Katanya, kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu termaktub mengikut Kaedah 17A (1) Akta JPJ 1987 yang mana kompaun RM300 boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

“Tidak dinafikan menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan kerana boleh mengakibatkan kemalangan tetapi kita sebagai pihak penguat kuasa tidak mempunyai bukti yang cukup kukuh untuk mendakwa mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang 2015 lalu, 4,027 kes kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dicatatkan, dan jumlah itu meningkat kepada 4,358 tahun lalu, manakala sehingga Oktober lalu, 4,129 kes dicatatkan.

“Peningkatan jumlah kesalahan itu mungkin kerana penggunaan meluas teknologi komunikasi,” katanya sambil menambah akta sedia ada hanya mengkhususkan kepada kesalahan mengguna alat komunikasi ketika itu, bukannya aplikasi telefon bimbit, termasuk WhatsApp.

The post JPJ sukar kesan pemandu guna aplikasi telefon bimbit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian