ismakualaterengganu

JPJ tawar pakej lesen B2 RM299 kepada pelajar 16 tahun ke atas

SHAH ALAM, 24 Safar 1439H, Isnin – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pakej menarik kepada pelajar berusia 16 tahun ke atas bagi...

SHAH ALAM, 24 Safar 1439H, Isnin – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pakej menarik kepada pelajar berusia 16 tahun ke atas bagi mendapatkan lesen motosikal menerusi Program MyLesen Kadet JPJ.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, menerusi program yang bakal dilancarkan hujung Disember ini pihaknya menawarkan harga murah iaitu RM299 kepada pelajar dan belia.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, pelajar perlu merebut peluang itu kerana harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding yang perlu dibayar jika mengambil lesen di sekolah memandu.

“Di sini pelajar hanya perlu daftar dengan JPJ dan bayar RM299, berbeza dengan lesen di sekolah memandu yang boleh mencecah harga sehingga RM400 atau lebih.

“Namun, pelajar perlu ingat bila daftar MyLesen tidak bererti mereka akan terus dapat lesen, mereka perlu ikuti modul lapan jam yang JPJ sediakan sebelum disahkan lulus dan layak memiliki lesen tersebut,” katanya, kelmarin.

Wan Ahmad Uzir berkata, pengenalan program MyLesen juga bertepatan dengan situasi hari ini, di mana ibu bapa terpaksa membenarkan anak-anak menunggang motosikal ke sekolah kerana tidak mempunyai pilihan.

The post JPJ tawar pakej lesen B2 RM299 kepada pelajar 16 tahun ke atas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8003817667625774539

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item