JPN nafi keluar borang ikrar sokong BN pada PRU14

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Muharram 1439H, Isnin – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mengeluarkan sebarang dokumen berkaitan permohonan khas kad pengenalan yang memerlukan pemohon berikrar menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, dokumen yang disebarkan kononnya mendakwa pemohon perlu berikrar menyokong BN adalah palsu.

Beliau berkata, JPN sedang menyiasat berkenaan perkara itu dan satu laporan polis juga dibuat berhubung penyebaran dokumen palsu tersebut.

“Ingin ditegaskan juga bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk mewakili JPN dalam apa-apa urusan.

“Semua dokumen rasmi Jabatan ini hanya dikeluarkan di pejabat JPN dan tidak akan diedarkan kepada orang ramai sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam.

“Oleh yang demikian, untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan JPN orang ramai adalah dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077/7067/7069 atau email ke pro@jpn.gov.my,” kata kenyataan itu.

Menerusi gambar borang permohonan tersebut, disertakan ruang ikrar di bahagian bawah yang meminta pemohon menurunkan cop jari kanan dan kiri, sebagai berjanji mengundi BN pada PRU14.

Ikrar itu turut menyatakan sekiranya ikrar berkenaan diingkar, maka pemohon sedia dan rela hati diambil tindakan dengan membatalkan kad pengenalan tersebut.

The post JPN nafi keluar borang ikrar sokong BN pada PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian