Jumlah mangsa banjir di Kedah turun, 22 pusat pemindahan tutup

ALOR SETAR, 17 Safar 1439H, Isnin – Jumlah mangsa banjir di Kedah setakat pukul 8 malam ini menurun kepada 2,337 orang berbanding 2,616 orang seperti yang direkodkan petang tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, jumlah itu dijangka terus berkurangan esok berikutan keadaan cuaca yang semakin baik dan lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat jam 8 malam ini, 616 orang ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 686 keluarga yang ditempatkan di 24 pusat pemindahan di Kuala Muda, Yan, Kulim, Baling dan Pendang sebelum ini.

Di Kuala Muda, sembilan pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua yang menempatkan 19 orang, Dewan Taman Bedong Jaya (72), dan surau Taman Malinja (50).

Selain itu, surau Kampung Jawa (155), Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (174), surau Kampung Jilid 4/5 (70), Dewan Taman Setia Budi (61) dan surau Kampung Lebai Ali dengan 298 mangsa.

Di Kulim pula lapan pusat pemindahan dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih (46), Surau Al-Haq (30), SK Permatang Tok Dik (563), Surau Al-Ikhlas Karangan (231), SK Sungai Karangan (30), Masjid Selarong Panjang (28), surau Kampung Baru Jemerli (20), dan SK Merbau Pulas (88).

Sementara itu, sebuah pusat pemindahan dibuka masing-masing di Yan di surau Kampung Kepala Bukit yang menempatkan 75 mangsa, di Baling di Masjid Kuala Bakong (114) di Pendang di Dewan Seminar seramai 72 orang dan SK Selama di Bandar Baharu dengan 30 mangsa.

Dalam pada itu, 22 pusat pemindahan ditutup, berbanding 19 yang direkodkan petang tadi selepas keadaan banjir semakin surut di beberapa kawasan di daerah terbabit. – Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Kedah turun, 22 pusat pemindahan tutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian