Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat

GEORGE TOWN, 17 Safar 1439H, Isnin — Sejumlah 6,293 mangsa banjir di Pulau Pinang masih ditempatkan di empat daerah di negeri itu setakat pukul 6 petang ini, meningkat berbanding 5,478 orang tengah hari tadi.

Jurucakap bilik gerakan banjir berkata, mangsa banjir itu membabitkan 1,602 keluarga yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan di Pulau Pinang.

“Sehingga pukul 6 petang ini, sejumlah 3,955 mangsa banjir di Seberang Perai Utara (SPU) masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan, meningkat berbanding 2,922 tengah hari tadi berikutan air semakin naik di beberapa kawasan seperti Air Melintas Besar, Sungai Dua dan Merbau Kudung,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa jalan di kawasan SPU juga ditutup kepada lalu lintas kerana air naik antara 0.2 meter hingga 0.7 meter antaranya Jalan Bertam Indah, Jalan Lahar Yooi-Sungai Dua, Lahar Yooi-Padang Menora, Jalan Sungai Dua, Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Jalan Matahari Naik, Jalan Padang Tonsun dan Jalan Ara Kuda.

Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pula mencatat 2,115 mangsa di 21 pusat penempatan dan 53 orang di Seberang Perai Selatan serta 32 orang di Timur Laut, masing-masing di sebuah pusat pemindahan.

Beliau berkata pusat pemindahan di daerah Barat Daya ditutup petang ini.

Ketika ini cuaca di bahagian seberang dan pulau mendung serta hujan renyai di beberapa kawasan.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian