Jurulatih tentera marin AS dipenjara 10 tahun dera, aniaya rekrut muslim

WASHINGTON, 22 Safar 1439H, Sabtu – Seorang bekas jurulatih tentera Marin Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana mendera 12 rekrut tentera beragama Islam sehingga menyebabkan salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Sarjan Joseph Felix, 34, didapati bersalah kerana mendera secara fizikal dan lisan serta penganiayaan terhadap rekrut ketika latihan asas di Pulau Parris, Carolina Selatan.

Panel juri terdiri daripada lapan anggota tentera dan wanita menganggap Felix, seorang veteran perang Iraq, dipersalahkan di antara enam jurulatih yang mengarahkan dan mengambil bahagian dalam perbuatan melampau dengan mencemuh mereka sebagai pengganas.

Felix dipercayai mengambil rekrut muslim bagi tujuan mendera ekoran kepercayaan dan pegangan agama mereka terhadap Islam.

Malah, dia juga didakwa menghina agama mereka serta memaksa dua daripada mangsa masuk ke mesin pengering bersaiz industri dan menghidupkan mesin itu apabila mereka enggan meninggalkan agama Islam.

Menurut beberapa saksi berkata, mereka mendengar Felix menggunakan istilah pengganas dan IS terhadap kesemua rekrut muslim berkenaan.

Salah seorang rekrut, Raheel Siddiqui meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga pada Mac 2016 selepas berhari-hari didera lebih teruk berbanding rekrut lain.

Susulan kematian Siddiqui, keluarganya menfailkan saman sebanyak AS$100 juta terhadap Angkatan Tentera Marin dan kerajaan AS, mengatakan bahawa tindakan anak mereka didorong oleh penderaan yang dialami.

Felix juga disabitkan atas beberapa kesalahan termasuk melanggar perintah am, mabuk, berkelakuan tidak sopan dan membuat kenyataan palsu, sekali gus menyebabkan dia dipecat.- Agensi

The post Jurulatih tentera marin AS dipenjara 10 tahun dera, aniaya rekrut muslim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian