Kabus tebal, 600 penerbangan di Timur Pakistan terjejas

ISLAMABAD, 27 Safar 1439H, Khamis – Cuaca buruk disebabkan kabus tebal sejak dua minggu lepas, menyebabkan sejumlah 604 penerbangan dari Pakistan International Airlines (PIA) terjejas, lapor agensi berita China Xinhua.

Kabus tebal yang melanda beberapa wilayah di timur Punjab tersebut, di luar kawalan syarikat penerbangan, lantaran itu PIA terpaksa menangguhkan atau membatalkan penerbangan, menurut seorang jurucakap memetik laporan Express News.

Kawasan yang terlibat termasuk Multan, Faisalabad, Lahore, Bahawalpur, Sialkot dan Rahim Yar Khan, katanya.

Tambah jurucakap berkenaan, sejumlah 83 penerbangan terpaksa dijadual semula, 17 dilencongkan, 159 dibatalkan, manakala 200 lagi penerbangan ditunda.

Memandangkan kebanyakan pesawat digunakan untuk pelbagai perkhidmatan, kelewatan penerbangan sekali gus, menjejaskan 63 penerbangan lain di kawasan yang tidak mengalami masalah cuaca kerana kekurangan pesawat.- Bernama

The post Kabus tebal, 600 penerbangan di Timur Pakistan terjejas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian