Kadar GST kekal enam peratus

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kerajaan belum bercadang untuk mengubah kadar pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada enam peratus ketika ini.

Kementerian Kewangan berkata, kadar tersebut ditetapkan setelah kajian terperinci yang dibuat untuk memastikan ia pada kadar paling bersesuaian bagi negara.

“Kerajaan sentiasa ingin memastikan bahawa sistem percukaian negara yang meliputi cukai langsung, termasuk kadar cukai korporat dan individu, serta cukai tidak langsung, dapat menggalakkan aktiviti ekonomi dan mengekalkan daya saing negara dalam jangka panjang.

“Antara faktor yang diambil kira daripada impak perubahan kadar GST termasuk kesan pertumbuhan ekonomi, indeks harga pengguna, dan kemasukan pelaburan termasuk pelabur asing,” kata kementerian itu.

Kementerian berkenaan berkata demikian menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid meminta penjelasan sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar GST daripada enam peratus.

The post Kadar GST kekal enam peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian