ismakualaterengganu

Kakitangan, Sukarelawan Aman Palestin terlibat kemalangan

oleh Che Siti Rekembang Hasbi KEMAMAN, 26 Safar 1439H, Rabu – Kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin telah terbabit dalam satu kemalan...

oleh Che Siti Rekembang Hasbi

KEMAMAN, 26 Safar 1439H, Rabu – Kakitangan dan sukarelawan Aman Palestin telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Kijal, Kemaman awal pagi tadi.

Mangsa yang terlibat ialah kakitangan AP, Mardiani Mohd Nor dan sukarelawan, Muhd Anwar Abdul Rahman.

Pegawai Aman Palestin Kemamam, Ustaz Syahmiezan Sahrom berkata, kejadian itu mengakibatkan seorang berada di zon merah, manakala, seorang lagi telah ditahan di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut beliau, kejadian berlaku ketika van AP dalam perjalanan dari Kemaman ke Kerteh untuk menghadiri program telah berlanggar dengan sebuah kereta dinaiki oleh seorang ibu bersama anaknya yang ingin keluar dari simpang.

Dalam kejadian tersebut, pemandu kereta terbabit telah terkorban.

“Saya dimaklumkan bahawa mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

“Mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian manakala anaknya dilaporkan terselamat,” katanya.

The post Kakitangan, Sukarelawan Aman Palestin terlibat kemalangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1003365253198792206

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item