Kata Pedang: Kepala hotak kau untuk engkau…

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

TAJUK di atas Pedang petik daripada dialog dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama Allahyarham Aziz Satar dan Allahyarham S Samsuddin – ‘Nujum Pak Belalang’.

Dialog itu terjadi ketika Badan (Aziz Satar) dan Nyawa (S Samsuddin) sedang membahagi-bahagikan wang emas yang dicuri dari khazanah negara. Badan boleh mengira dari nombor satu hingga empat, tetapi Nyawa tak puas hati kerana dikatakannya lambat.

Nyawa kemudian mengambil alih untuk membahagi-bahagikan wang itu. Tetapi, hanya mampu mengira satu, dua dan tiga. Selepas itu, terkeluarlah macam-macam perkataan, termasuk seperti tajuk di atas.

Dan, dalam filem lain pula iaitu ‘Labu Labi’, jufa lakonan Allahyarham P Ramlee, tetapi bersama Allahyarham M Zain, ada juga adegan hampir bergaduh atau berkelahi hingga terbit pula dialog ‘kepala bapak engkau’.

Ada lagi kisah ‘kepala bapak engkau’ dalam filem lain. Contohnya, lakonan Allahyarham P Ramlee bersama Allahyarham A R Tompel dan Allahyarham Ibrahim Din, dalam filem ‘Do Re Mi’.

Kebanyakan filem lakonan Allahyarham P Ramlee sebenarnya terselit unsur jenaka, sindiran dan nasihat.

Tetapi, tak sangka pula Pedang dialog ‘kepala bapak engkau’ tahun 1962 (Labu Labi) itu, sekarang ini di tahun 2017, menjadi begitu popular di media sosial, khususnya laman muka buku.

Ini semua gara-gara politik bergaduh, politik kata mengata, politik kutuk mengutuk. Bermula dengan ‘keturunan kutty’, ‘keturunan Jawa’ dan ‘keturunan lanun’. Di mana yang dikatakan politik bermoral?

Lalu, ucapan yang terbit daripada mulut pemimpin nombor satu negara Najib Razak – ‘kepala bapak engkau’, ‘stupid’, ‘bodoh’ – di hadapan ultra kiasu Cina ketika perhimpunan agung parti anti-Islam MCA, menjatuhkan maruah bangsa Melayu.

Entah siapa yang dua hari sebelum terbitnya ‘kepala bapak engkau’ telah mengungkapkan kata-kata ini:

“Sebagai Perdana Menteri untuk Malaysia, saya kena bawa politik bermoral yang ada tatasusila serta bersopan santun kepada rakyat. Kita tidak pukul cara kasar, cara brutal atau biadab kerana tidak boleh ajar rakyat berpolitik begitu. Kita sebagai pemimpin atau orang tua kena tunjuk te­ladan yang baik.”.

Beliau berucap dalam majlis penutup Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Mengutuk Melayu – khususnya, terhadap individu yang selama lebih 22 tahun bekerja keras untuk Malaysia, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan selama lebih 22 tahun juga mengenalinya – dan dilakukan pula di hadapan kaum itu, Pedang rasa sudah di luar kematangan. Menunjukkan keegoan, kebanggaan, riak.

Sukar bagi Pedang untuk menggambarkan apa yang akan berlaku jika ada orang yang menyebut ‘kepala bapak engkau’ kepada kita. Apalagi jika ucapan yang ditujukan kepada kita bangsa Melayu diucapkan di depan khalayak bukan Melayu, yang kemudian ketawa terbahak-bahak.

“Mari kita lihat siapa yang kena”. Itu pula ungkapan Allahyarham Ibrahim Pendek dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ yang juga diarah oleh Allahyarham P Ramlee, selepas membaling buah dadu.

Siapa yang akan kena dengan ungkapan ‘kepala bapak engkau’? Tun Dr Mahathir Mohamad? atau Najib sendiri?

Yang pasti, Liow Tiong Lai; Wee Ka Siong; Ong Ka Chuan; Lee Chee Leong; Hou Kok Chung; Chua Tee Yong; Heng Seai Kie; Chong Sin Woon dan ultra kiasu, ketawa berdekah-dekah.

Pedang teringat kata-kata seorang rakan – “Orang Melayu ni, jangan bagi air mata dia keluar”. Banyak yang tersurat dan tersirat di sebalik kata-katanya itu.

Anda nilai sendiri. Pedang sudah rasa lain macam. Lagipun, Pedang kurang sihat sikit sejak dua tiga hari ini. Rakan yang suatu ketika dahulu saling berbaik, sekarang ini sudah bermusuh.

Pedang memerhati dalam laman muka buku, seorang rakan mempertahankan ‘kepala bapak engkau’, seorang lagi mengutuk ‘kepala bapak engkau’. Dua-duanya dahulu adalah rakan sepejabat.

Kenapa zaman dahulu tidak ada politik yang menyebabkan sahabat-sahabat Pedang bergaduh, bermasam muka? Kenapa sekarang ada?

Kata Pedang: Dialog Badan dan Nyawa patutnya seperti ini: “Satu untuk engkau.. bilion-bilion untuk aku”. Barulah kita boleh jawab ‘kepala hotak engkau’.

The post Kata Pedang: Kepala hotak kau untuk engkau… appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian