Kata Pedang: Talibankah segala perintah Allah?

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

Perhatian: Artikel ini Pedang tulis sebelum ada pihak yang berkata memakai tudung adalah Taliban.

MEMANGLAH bukan negara Taliban. Tapi, Malaysia negara Islam. Perlembagaan Negara menyatakan Islam adalah agama Persekutuan, walaupun tidak mengatakan Islam adalah agama rasmi. Agama-agama lain pula tidak dilarang dilaksanakan oleh penganutnya.

Dan, apabila muslim di Malaysia ini semakin kuat Islamnya, dan mahu berpegang kepada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW, daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, maka janganlah dihalang atau dianggap mahu menjadi Taliban.

Buat itu Taliban, ikut perintah Allah dan rasul, Taliban. Buat ini Taliban. Adakah semua perintah Allah itu Taliban?

Janganlah dihalang. Kita takut bala menimpa. Sekarang ini, bala datang bukan dengan menterbalikkan mana-mana negeri atau dilempar dengan batu dari neraka.

Bala datang dengan macam-macam cara, mengikut tafsiran masing-masing. Ada yang kata wabak penyakit satu bala, ada yang kata banjir satu bala, ada yang kata negeri tak aman pun satu bala. Malah, ada juga yang kata kalah main bola pun bala!

Sesuatu urusan mesti mempunyai dasar dan polisinya. Begitu juga Islam. Bermula dengan Rukun Islam – mengucap dua kalimah syahadah; Mendirikan solat; Menunaikan zakat; Puasa pada bulan Ramadan; dan Menunaikan haji bagi yang mampu.

Kemudian ada pula enam Rukun Iman iaitu – Beriman kepada Allah; Beriman kepada malaikat; Beriman kepada kitabullah; Beriman kepada rasul-rasul; Beriman kepada Hari Kiamat; dan Beriman kepada qada dan qadar.

Ini adalah dasar-dasar awal yang perlu diketahui dan dipelajari semua umat Islam. Belajar pula, mempunyai tahap-tahapnya bagi membolehkan kita mendalami ilmu-ilmu syariat Islam yang lain. Macam kita kira nombor satu hingga 10. Kena ikut turutan baru betul, bukan satu, empat, tujuh, sepuluh.

Dan dari situ bermulalah kita untuk mempelajari ilmu tauhid, fikh, fardu ain dan bermacam-macam lagi. Belajar punya belajar punya belajar, maka diketahuilah bahawa menutup aurat bagi wanita itu suatu syariat, satu tuntutan agama Islam.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…..” (Surah al-Nur ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Maka, wanita-wanita Islam di Malaysia pun mematuhi perintah Allah yang turun dari langit dan perintah Rasulullah SAW untuk menutup aurat, termasuk memakai tudung menutup rambut mereka yang juga dikategorikan sebagai aurat.

Dan, memakai tudung kepala itu pula bukanlah kerana fesyen, sebaliknya ia adalah tuntutan kepada wanita Islam. Malah, Pedang bangga kerana sekarang ini ramai selebriti yang sudah ‘berhijrah’, daripada menunjukkan aurat, kini mereka bertudung litup.

Talibankah, jika umat Islam hendak mengikut ajaran agama mereka? Talibankah, jika wanita Islam hendak menutup aurat? Ekstremiskah mereka?

Pedang setuju dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim, yang berkata polisi antarabangsa bukannya suatu akta atau enakmen undang-undang yang wajib dipatuhi jika ia diperkenalkan di Malaysia.

Katanya, larangan pemakaian tudung oleh pekerja wanita beragama Islam, terutama di bahagian khidmat pelanggan (frontline) sesebuah hotel, hanyalah suatu polisi sebagaimana didakwa oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

“Ia hanya polisi dan bila polisi ini dibawa ke Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara, maka tentunya Perlembagaan Negara lebih besar dari sekadar satu polisi Persatuan Hotel. Mana boleh buat polisi sesuka hati,” katanya mengulas isu pekerja barisan hadapan hotel yang berurusan dengan pelanggan dilarang memakai tudung kepala.

Cuma sekarang ini, umat Islam di Malaysia bebas untuk, sama ada memakai tudung atau tidak. Tak sama dengan orang tak puasa yang ditangkap jika makan di khalayak. Jika dia belajar banyak mengenai Islam, dia akan pakai tudung. Yang tak pakai tudung itu ilmu Islamnya sedikit dan dianggap melakukan maksiat.

Ilmu-ilmu Islam ini berkait antara satu sama lain. Jika sudah mengetahui ilmu menutup aurat bagi wanita, tetapi tidak dilaksanakan, maka akan berkait pula dengan sifat dayus seorang lelaki, kerana lelaki diperintahkan supaya memastikan wanita menutup auratnya, sebagaimana pemulaan ayat 59 surah Al-Ahzab tadi “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya…

Kalau nak dicerita mengenai dayus, panjang pula cerita. Pembaca boleh cari sendiri apa maksud dayus.

Yang penting, adalah kesedaran. Jangan pula kata wanita yang memakai tudung kepala menutup aurat mereka adalah ciri-ciri hendak menjadi Taliban atau militan. Ia adalah tuntutan agama Islam yang sememangnya tidak disukai oleh kafir dan orang munafik, termasuk liberalis, sekularis dan pluralis.

Kata Pedang: Kepala ….. kau nak larang kami patuhi peraturan agama Islam.

The post Kata Pedang: Talibankah segala perintah Allah? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian