Kaunter proses pasport di ICQS Bukit Kayu Hitam ditutup sementara
ALOR SETAR, 12 Safar 1439H, Rabu – Kaunter penerimaan dan pemprosesan pasport Malaysia antarabangsa serta pas sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ditutup buat sementara waktu, berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin berkata, penutupan disebabkan proses perpindahan operasi dari kompleks lama kepada yang baharu hingga menyebabkan gangguan kepada sistem penerimaan dan pemprosesan.
“Merujuk kepada isu berkenaan, Jabatan Imigresen Kedah ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa operasi kaunter penerimaan dan pemprosesan pasport Malaysia dan pas sempadan di kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ditutup sementara sehingga diberitahu kelak,” katanya menerusi kenyataannya di sini, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta menjalankan urusan berkenaan di Pusat Tranformasi Luar Bandar Napoh yang terdekat. – Bernama
The post Kaunter proses pasport di ICQS Bukit Kayu Hitam ditutup sementara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan