PKNM FC terus ditimpa malang apabila Ammar Aiman sekali lagi berjaya meloloskan diri menerusi satu larian pantas yang memerangkap pertahanan PKNM FC untuk gol ketiga KB Isma Selangor pada minit ke-52 yang merupakan gol kelima buat Ammar sepanjang kempen Selangor Social Premier League.

Gol terakhir dalam perlawanan tersebut di sumbangkan oleh Ameer yang menggelecek dua pertahanan PKNM FC sebelum menewaskan penjaga golnya hasil umpanan cantik Ammar dari sebelah kanan pintu gol pada minit ke 58.

“Saya rasa kami perlu menang kali ini dengan jaringan lebih besar namun ketumpulan barisan hadapan menidakkannya. Kami bermula dengan baik dan pemain pantas menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang becak.”

“Saya harap permainan kami dapat di perbaiki sebelum berjumpa pasukan pilihan Hypernova FT yang merupakan pendahulu liga saat ini pada perlawanan seterusnya,” kata penolong pengurus KB Isma Selangor, Mohd Hazwan.

Perlawanan turut di saksikan oleh bekas pemain kebangsaan, Azhar Sharif yang turut berada di padang untuk menilai prestasi pemain KB Isma Selangor dan berkongsi ilmu yang ada.