Kedah siap sedia hadapi gelombang kedua banjir

ALOR SETAR, 19 Safar 1439H, Rabu – Kerajaan Kedah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata semua jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah sentiasa bersiap sedia.

“Kita telah ambil maklum dan semua persiapan telah dibuat di peringkat daerah masing-masing sebagai persediaan sekiranya berlaku banjir gelombang kedua.

“Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia juga diharapkan dapat menyebarkan maklumat secara menyeluruh berkaitan perubahan cuaca dan memaklumkan lebih awal supaya persediaan pemindahan segera boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman hari ini.

Terdapat laporan mengenai negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka menghadapi banjir gelombang kedua.

Sementara itu, Ahmad Bashah meminta setiap majlis perbandaran daerah untuk memantau dan melihat sistem perparitan yang sempurna di kawasan masing-masing bagi memastikan aliran air yang lancar memandangkan hujan yang turun luar biasa kini. – Bernama

The post Kedah siap sedia hadapi gelombang kedua banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian