Keganasan anti-Islam di UK meningkat pada 2016

LONDON, 15 Safar 1439H, Sabtu – Serangan antimuslim di United Kingdom (UK) meningkat sebanyak 47 peratus pada 2016 berbanding tahun sebelumnya, lapor kumpulan pemantau jenayah kebencian, Tell MAMA.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan, 66 peratus pelaku jenayah kebencian itu adalah lelaki dan 69 peratus daripadanya dilakukan lelaki berkulit putih.

Laporan berkata, serangan berkenaan sebahagian besarnya menyasarkan wanita Islam – 56 peratus daripada 642 mangsa adalah wanita.

Tel MAMA berkata, mangsa jenayah kebencian itu pula terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik.

Laporan yang dikeluarkan kelmarin menyebut, walaupun tidak semua wanita muslim memakai pakaian yang menunjukkan mereka adalah Islam, mereka yang memakai jilbab, tudung, jubah dan pakaian lain, secara tidak langsung disasarkan kelompok Islamophobia.

Dalam minggu pungutan suara Kesatuan Eropah (EU), Tell MAMA melaporkan serangan antimuslim melonjak 47 peratus, sementara peningkatannya pula ketara selepas serangan di Tower Bridge pada 3 Jun lalu yang menyebabkan lapan maut dan 48 lagi cedera.

“Salah satu pemacu utama Islamophobia adalah cara sebahagian media melaporkan mengenai orang Islam,” kata Penolong Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain (MCB), Miqdaad Versi.

Katanya, apabila pengulas menggunakan beberapa istilah, seperti ‘masalah Islam’, ia memperkuatkan naratif dan semua perbezaan yang telah dikenal pasti yang mengekalkan stereotaip dan membahagikan muslim baik dan buruk.

“Cara itu memudahkan untuk mempercayai bahawa layanan terhadap mereka mesti berbeza,” katanya.

Antara yang menyebabkan umat Islam digambarkan sebagai ‘masalah’, termasuk serangan dan perbincangan berterusan mengenai daging halal yang dikatakan sebagai kekejaman terhadap haiwan.

“Ini mencetuskan idea bahawa orang Islam adalah ‘asing’. Oleh itu, kerajaan mesti mengambil langkah bagi melawan jenayah kebencian di semua peringkat komuniti,” katanya. – Agensi

The post Keganasan anti-Islam di UK meningkat pada 2016 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian