Kementerian Kesihatan bakal perkenal lebih banyak inovasi, kolaborasi pintar

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Kesihatan dipilih sebagai salah satu daripada lima finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Meskipun tidak dinobatkan sebagai juara, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menyifatkan pencalonan itu sebagai satu pengiktirafan kepada usaha gigih dan inovasi warga kementerian itu.

Menurutnya, daripada lebih 110 inovasi dicalonkan, kementerian itu telah terpilih menjadi antara lima finalis untuk anugerah berprestij berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepasa kakitangan Kementerian Kesihatan kerana menjadi finalis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017.

“Tahniah kepada MRT Corp yang telah dinobatkan sebagai juara Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pelbagai inovasi yang dilaksanakan kementerian itu telah memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat termasuk menyediakan perkhidmatan berterusan.

The post Kementerian Kesihatan bakal perkenal lebih banyak inovasi, kolaborasi pintar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian