Kementerian Kesihatan rampas produk Gozout bernilai RM2.3 juta

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk Gozout bernilai RM2.3 juta di negeri Kelantan dan Terengganu.

Rampasan itu dibuat dalam satu serbuan berdasarkan aduan yang diterima berkaitan pengiklanan dan penjualan produk Gozout yang mengelirukan orang ramai.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah membuat pengesahan bahawa produk Gozout adalah bukan produk keluaran yang berdaftar, malahan mengandungi 100 peratus bahan aktif.

“Menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar adalah perbuatan yang melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh disabit kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika sabit kesalahan, individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan pula, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

KKM turut menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak terpengaruh dengan pengiklanan produk kesihatan yang tidak berdaftar terutamanya penjualan produk kesihatan dalam talian.

Dr Noor Hisham juga berkata, orang awam disarankan agar melaporkan sebarang aduan kepada pihak kementerian kesihatan jika ada individu menjual produk yang meragukan.

Katanya, aduan dan sebarang maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang http://ift.tt/1v9Ewxp / atau mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri yang berdekatan serta melalui talian 03-78413200.

The post Kementerian Kesihatan rampas produk Gozout bernilai RM2.3 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian