ismakualaterengganu

Keputusan undi Bajet 2018 petunjuk kerajaan tak ambil kira masalah rakyat

Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Keputusan dengan hanya menang satu undi ketika meluluskan Bajet 2018 semalam...

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Keputusan dengan hanya menang satu undi ketika meluluskan Bajet 2018 semalam memberi petunjuk bahawa kerajaan tidak boleh lagi bersikap sambil lewa, seolah-olah tidak mendengar pandangan rakyat.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, keputusan undi blok Parlimen mengenai usul Bajet 2018, malam tadi, amat menarik perhatian ramai.

Keputusan akhir memutuskan 52 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong dan 51 Ahli Parlimen pembangkang, termasuk enam daripada PAS, menentang.

Beliau berkata, keputusan 52-51 itu secara jelas menunjukkan Ahli Parlimen sudah mula prihatin dan semakin cakna dengan isu ekonomi negara.

“Secara tidak langsung keputusan itu membuktikan Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri tidak mengambil kira permasalahan rakyat sehingga kemenangannya sangat tipis iaitu sekadar satu undi.

“Sekiranya kerajaan kalah atau undi sama banyak bermakna kerajaan tidak boleh melaksanakan bajet tersebut. Sepatutnya dari awal lagi kerajaan perlu fokus kepada isu utama rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, perumahan mampu milik dan seumpamanya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas undian PAS, Haji Aminuddin berkata, sememanngnya BN memerlukan sokongan PAS dalam banyak hal.

“Jika PAS berkecuali, bukan sahaja usul ini, malah usul-usul lain juga akan tergugat, pasti ia memberi satu tamparan hebat kepada pihak kerajaan,” katanya.

Haji Aminuddin berkata, kerajaan digesa untuk lebih prihatin dan mendasar dalam menentukan bajet pada masa depan.

“Ini kerana, kita NGO terutama NGO Islam juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Bajet 2018 yang tidak membantu rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

The post Keputusan undi Bajet 2018 petunjuk kerajaan tak ambil kira masalah rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1464473136092123888

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item