Kerabat diraja ditangkap berlainan suku dengan Raja Salman

Sesetengah pihak bimbang penangkapan dilakukan sekarang ada kaitan dengan pertelingkahan kerabat diraja

RIYADH, 20 Safar 1439H, Khamis – Pihak berkuasa Arab Saudi menangkap lagi beberapa individu ternama, termasuk ahli politik dan golongan elit, dan ahli perniagaan dalam usaha membanteras rasuah, lapor media negara itu.

Sejak Sabtu lalu, lebih 11 anggota keluarga diraja Arab Saudi, menteri, bekas menteri, bekas pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan ahli perniagaan ditahan atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan mengeksploitasi pegawai kerajaan untuk kepentingan sendiri.

Namun, sumber yang dipetik media tempatan mendakwa jumlah individu yang ditangkap kerana disyaki terbabit dalam kegiatan itu terus meningkat.

Bagaimanapun, Arab Saudi belum mengeluarkan senarai mereka yang ditahan.

Sumber mengatakan kebanyakan yang ditahan adalah individu yang rapat dengan keluarga bekas Putera Mahkota dan Menteri Pertahanan, Putera Sultan bin Abdulaziz, yang meninggal dunia pada 2011 lalu.

Selain itu, pegawai pentadbiran peringkat bawahan juga ditangkap.

Rata-rata rakyat Arab Saudi gembira dengan tindakan terhadap apa yang mereka kata ‘pencuri dana negara oleh orang kaya’, namun sesetengahnya bimbang usaha itu ada kaitan dengan politik suku di kalangan kerabat diraja.

Ini kerana, raja sekarang, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud adalah daripada suku Sudairi yang mempunyai tujuh saudara lelaki (Sudairi Seven). Mereka adalah hasil perkahwinan pengasas Dinasti Saud, Abdul Aziz Bin Saud dengan Hussa bint Ahmed daripada suku berpengaruh di Najd, Al Sudairi.

Bapa Hussa, Ahmed bin Muhammed Al Sudairi (1869-1936), adalah ketua suku Sudairi paling berkuasa yang sejak awal lagi memberi sokongan kepada Abdul Aziz Bin Saud untuk menawan Arab Saudi.

‘Sudairi Seven’ adalah Fahd (1921-2005); Sultan (1928-2011); Abdul Rahman (1931-2017); Nayef (1933-2012); Turki (1934-2016); Salman (1935); dan Ahmed (1942).

‘Sudairi Seven’ juga mempunyai ramai saudara baik lelaki mahupun perempuan, tetapi berlainan ibu, namun tetap dianggap keluarga diraja.

Keturunan mereka inilah, walaupun sesetengahnya sebelum ini diberi jawatan menteri dan timbalan menteri, yang sekarang ini ditangkap atas tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Ini termasuk jutawan Arab Saudi, Putera Al Waleed Bin Talal, anak kepada Talal Bin Abdulaziz Al Saud (Talal adalah anak ke 20 Abdulaziz Al Saud). Ibu Talal adalah seorang wanita Armenia.

Raja Salman telah melantik anaknya, Putera Mohammed menggantikan anak saudaranya yang juga daripada suku Sudairi, Mohammed bin Nayef sebagai Putera Mahkota yang bakal mewarisi pemerintahannya.

Beliau juga mempunyai tiga lagi anak iaitu Putera Sultan (Presiden Suruhanjaya Pelancongan); Putera Khaled (Duta ke Amerika Syarikat); dan Putera Abdel Aziz (Menteri Tenaga). – Agensi

The post Kerabat diraja ditangkap berlainan suku dengan Raja Salman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian