ismakualaterengganu

Kerajaan bincang isu kenaikan harga minyak esok

BAGAN DATUK, 30 Safar 1439H, Ahad – Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan mengadakan mesyuarat esok, bagi mengkaji beberapa mekanisme yang...

BAGAN DATUK, 30 Safar 1439H, Ahad – Majlis Tindakan Ekonomi Negara akan mengadakan mesyuarat esok, bagi mengkaji beberapa mekanisme yang sesuai dalam menangani isu kenaikan harga petrol dan diesel.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Kita juga ketika ini sedang mengkaji mekanisme menangani masalah ini.

“Sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut akan diumumkan sendiri oleh perdana menteri esok,” katanya yang dipetik daripada Sinar Online.

Pada masa sama, Zahid mengakui buat masa sekarang berlaku trend kenaikan harga bahan api ekoran berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran dunia.

Rabu lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.38 seliter dari RM2.31.

The post Kerajaan bincang isu kenaikan harga minyak esok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3771496775770444749

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item