Kerajaan dijangka lancar KR1M 2.0 sebelum tahun depan

PUTRAJAYA, 24 Safar 1439H, Isnin – Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dijangka dilancarkan selewat-lewatnya sebelum hujung tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Berbeza dengan terdahulu, beliau berkata, program KR1M 2.0 memberi peluang kepada lebih 200 syarikat pengedar termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka.

KR1M yang diwujudkan di seluruh negara secara berperingkat bermula tahun 2011 itu, telah dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

“KR1M dahulu ialah hanya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang terlibat tetapi sekarang kita bagi peluang kepada syarikat-syarikat lain termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memasarkan produk mereka.

“Selain itu, sebanyak 5,000 hingga 6,000 unit simpanan barang (SKU) akan dijual dalam kedai-kedai KR1M 2.0 ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kira-kira 185 KR1M di seluruh negara diarah tutup sejak September lalu, selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan yang dijual di kedai berkenaan.

Penutupan kesemua premis berkenaan adalah untuk penstrukturan semula menjadi KR1M 2.0 dengan permulaan 50 kedai tahun depan, dan diperluas kepada 3,000 dalam tempoh tiga tahun.

The post Kerajaan dijangka lancar KR1M 2.0 sebelum tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian