ismakualaterengganu

Kerajaan disyor gubal akta rampas hasil tauke judi haram

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disyor menggubal undang-undang lebih tegas bagi membendung kegi...

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Dalam Negeri (KDN) disyor menggubal undang-undang lebih tegas bagi membendung kegiatan judi haram di negara ini.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz berkata, ia berikutan hukuman sedia ada yang dikuatkuasakan ketika ini terlalu ringan.

Katanya, ia sekali gus menjadikan kegiatan itu berleluasa seperti tiada kawalan.

“Aktiviti ini bukan bukan saja merosakkan masyarakat, tapi negara. Mereka penyumbang kepada gejala sosial dan jenayah, termasuk rasuah.

“Saya seru KDN mencadangkan kepada kerajaan menggubal undang-undang untuk menangani judi haram ini. Undang-undang sama seperti menyita harta dan segala hasil tauke judi dirampas seperti pengedar dadah perlu dikenakan kepada taukue judi haram ini.

“Tindakan tegas ini saya percaya jika diwujudkan akan menggerunkan mereka yang dilihat tidak begitu takut dengan serbuan dan operasi polis,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian perbahasan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi KDN, pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

The post Kerajaan disyor gubal akta rampas hasil tauke judi haram appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4759326510403701587

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item