Kerajaan kena cari jalan lain bantu rakyat, bukan beri BR1M, kata PEMBINA

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) melihat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak 2012 hingga tahun depan hanya membebankan negara.

Menganggap ia bukan penyelesaian terbaik membantu rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi, Presidennya, Eqwan Roslan berkata, bajet tahunan negara bukan untuk mengisi keperluan peribadi.

Katanya, jika pemberian BRIM ini beterusan, ia akan menjurus kepada Bajet Populis yang membebankan negara.

“Tidak dinafikan, kita perlu juga fikir dan bantu golongan yang benar-benar memerlukan, tetapi mungkin ada penyelesaian lain yang lebih baik.

“Kalau kita soroti, ada beberapa skim pemberian tunai yang memberikan wang secara lansung kepada rakyat seperti BR1M dan beberapa bayaran on-off lain seperti kepada Ketua Kampung, Tok Batin.

“Ini sebanyak RM1500 melibatkan 9800 orang (14.7 billion). Juga untuk Imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan Tok Siak juga sebanyak RM1500 melibatkan 65000 orang (97.5billion tapi dalam teks ucapan adalah hampir 100 juta ringgit.

“Tidak mungkin semua orang dapat RM1500. Logikkah di situ dengan kos yang sangat besar,” katanya ketika menjadi ahli panel Forum Sudut Pandang Edisi ke-14 bertajuk Bajet 2018: Ke Mana Hala Tuju Negara, malam tadi.

Dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 di Dewan Rakyat minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, peruntukan BRIM diteruskan pada RM6.8 bilion melibatkan 7 juta penerima sepertimana tahun sebelumnya. Kadar maksimum pemberian BR1M dikekalkan pada RM1,200.

Mengulas lanjut Eqwan berkata, sebenarnya pemberian seperti ini bukanlah satu idea baharu.

Jelas beliau, terdapat kajian di Amerika Syarikat yang mengatakan jika seluruh rakyat Negara itu diberi USD1000, ekonomi AS akan berkembang sebanyak 2.5 Trillion sehingga tahun 2025.

“Namun berlainan di Malaysia, keberkesanan BR1M untuk mengurangkan beban kos sara hidup juga bergantung kepada bagaimanakah BR1M tersebut digunakan.

“Adakah ia digunakan untuk menampung keperluan asasi hidup, atau ia digunakan untuk barangan mewah. Sepatutnya kerajaan juga harus melihat dengan lebih teliti cadangan gaji minima bagi merapatkan jurang pendapatan. Atau yang hangat dibincangkan sekarang di peringkat global iaitu Universal Basic Income,” katanya.

The post Kerajaan kena cari jalan lain bantu rakyat, bukan beri BR1M, kata PEMBINA appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian