Kerajaan perlu laksana sistem daftar pemilih secara automatik

KUALA LUMPUR, 18 Safar 1439H, Selasa – Kerajaan perlu melaksanakan sistem daftar pemilih secara automatik kepada semua rakyat Malaysia yang mencapai umur genap 21 tahun.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sudah sampai masanya untuk sistem itu dijalankan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Setiausaha Agung PAS itu meminta penjelasan mengenai langkah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggerakkan proses pendaftaran sebagai pemilih agar ia berjalan lancar.

“Sebelum pilihan raya negara yang pertama pada tahun 1959, SPR telah menubuhkan satu badan di peringkat negeri untuk menjalankan kempen pendaftaran.

“Ia telah berjalan selama 74 hari secara aktif sehingga berjaya mendaftarkan 22 peratus pengundi daripada keseluruhan penduduk Federation of Malaya pada masa itu.

“Jikalau kita banding dalam tahun 1959 boleh buat perkara sedemikian, saya rasa tidak ada sebab pada masa ini kita tidak boleh menyediakan mekanisme yang berkesan untuk perkara yang sama,” katanya yang dipetik Harakahdaily.net.

The post Kerajaan perlu laksana sistem daftar pemilih secara automatik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian