Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan

KUALA LUMPUR, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu -Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz itu, semalam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu selepas laporan patologi yang dikeluarkan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.

Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata pihak pendakwaan juga telah menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.

Noor Svetlana dan Joanne ditemui pemberita selepas prosiding secara tertutup di Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, semalam.

“Laporan patologi terhadap anak guam saya negatif dan pendakwaan tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya dan dia dilepas dan dibebaskan,” kata Noor Svetlana yang turut menyampaikan rasa syukur anggota keluarga kanak-kanak terbabit dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu tidak boleh dibebaskan kerana menghadapi pertuduhan membunuh 21 orang pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu.

Kanak-kanak dan remaja terbabit didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pukul 11.35 pagi, 16 September lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1) Akita Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Chua juga memaklumkan seorang lagi anak guamnya juga berumur 16 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dan mahkamah menetapkan 5 Jan tahun depan untuk pengurusan kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah serta Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail. – Bernama

The post Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian